Intro Nikah di Thailand

Assalamualaikum w.b.t.

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog kami. Harap blog kami yang tak seberapa ni dapat sedikit sebanyak bantu mempermudahkan urusan anda sama ada urusan pernikahan di Thailand (Songkhla), urusan passport, perjalanan keluar masuk sempadan Thailand ataupun sekadar bercuti di Songkhla, Thailand.
Kami suami isteri memutuskan untuk berkongsi segala prosedur bermula dari urusan permohonan passport, sebelum dan semasa perjalanan ke Songkhla, Thailand dari KL dengan memandu sendiri, pernikahan di Majlis Agama Islam Songkhla dan percutian/tempat menarik yang sempat kami kunjungi di Songkhla. Segala catatan kami akan kami tuliskan secara terperinci mengikut pengalaman & kajian kami.

Kami akan membahagikan posting mengikut kategori :
  1. Urusan Permohonan/Memperbaharui Passport
  2. Persediaan Sebelum Perjalanan - Part 1 (DOKUMEN KENDERAAN)
  3. Persediaan Sebelum Perjalanan - Part 2 (Anggaran Kos dan Checklist)
  4. Perjalanan Pergi dan Balik dan proses semasa di Sempadan Malaysia-Thailand
  5. Pernikahan di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand
  6. Urusan di Konsulat General Malaysia
  7. Percutian/Tempat Menarik di Songkhla

Kami melalui semuanya sendiri tanpa menggunakan khidmat perantara/agen dengan hanya berbekalkan doa dan tawakal kepada Allah dan informasi yang sedikit dan agak outdated yang ada di blog lain. Percayalah, semua urusan ini tersangatlah mudah dan murah. Jika anda mempunyai sebarang soalan, E-mail/Whatsapp pertanyaan anda kepada kami, InsyaAllah kami akan jawab secepat dan semampu yang boleh. Kami akan sentiasa update post kami, kerana buat sementara ni kami cuma post apa yang sempat saya tulis.
Kami juga sudi membantu bawa mana-mana pasangan yang memerlukan bantuan. Perkhidmatan kami termasuk pickup pasangan daripada tempat yang mereka set(dari rumah pun boleh), pengangkutan pergi, semasa dan balik Songkhla, Thailand (kami yang akan drive sendiri), guide pasangan sepanjang urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Songkhla dan pengesahan Konsulat, hotel dan juga berjalan ke tempat yang menarik di Songkhla.

UPDATED 17/8/2017

Comments

Popular posts from this blog

Urusan di Sempadan Malaysia-Thailand [Sadao]

Persediaan Sebelum Perjalanan - Part 2 (Anggaran Kos dan Checklist)

Persediaan Sebelum Perjalanan – Part 1 (DOKUMEN KENDERAAN)