Urusan di Sempadan Malaysia-Thailand [Sadao]
Sebelum bertolak, sila pastikan barangan semua lengkap, kereta dah check dan paling baik mulakan perjalanan dengan Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Dhuha 6 Rakaat untuk memudahkan urusan, sedekah niat tolak bala dan niat kena betul untuk dapat redha Allah SWT; InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan dan sedekah dapat menghindarkan malapetaka menimpa agar kita selamat dalam sepanjang perjalanan kita. Amin.. Baiklah, berikut ialah perjalanan dan pengalaman kami memandu sendiri masuk ke Thailand melalui Sempadan di Bukit Kayu Hitam. Kami bertolak dari KL jam 10 pagi dan sampai di R&R Gurun dalam 4 jam. Kami berhenti sekejap untuk berehat, makan, solat dan isi minyak. Pastikan isi minyak FULL TANK siap-siap kat sini, sebab minyak kat Thailand mahal pastu harga tak sama bagi setiap stesen minyak. Jangan lupa juga beli Insurans Thai tu kat Caltex Gurun. RM15 jea untuk seminggu. Insurans ni wajib beli, tapi...