Urusan di Sempadan Malaysia-Thailand [Sadao]
Sebelum bertolak, sila pastikan barangan semua lengkap, kereta dah check dan paling baik mulakan perjalanan dengan Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Dhuha 6 Rakaat untuk memudahkan urusan, sedekah niat tolak bala dan niat kena betul untuk dapat redha Allah SWT; InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan dan sedekah dapat menghindarkan malapetaka menimpa agar kita selamat dalam sepanjang perjalanan kita. Amin..
Baiklah, berikut ialah perjalanan dan pengalaman kami memandu sendiri masuk ke Thailand melalui Sempadan di Bukit Kayu Hitam.
Kami bertolak dari KL jam 10 pagi dan sampai di R&R Gurun dalam 4 jam. Kami berhenti sekejap untuk berehat, makan, solat dan isi minyak. Pastikan isi minyak FULL TANK siap-siap kat sini, sebab minyak kat Thailand mahal pastu harga tak sama bagi setiap stesen minyak. Jangan lupa juga beli Insurans Thai tu kat Caltex Gurun. RM15 jea untuk seminggu. Insurans ni wajib beli, tapi tak perlu nak submit atau tunjuk kat sempadan nanti. Disebabkan insurans kereta kita tak cover jika berlaku kemalangan di luar negara, so kalau accident tak boleh claim, tapi insurans Thai yang kita beli kat Caltex ni macam extend insurans kita supaya cover bagi kerosakan sahaja kat Thailand nanti, well, tak salah kan sediakan payung sebelum hujan ;)
Kemudian kami pun meneruskan perjalanan kami ke Sempadan Malaysia-Bukit Kayu Hitam. Perjalanan ini pula mengambil masa 2 jam. Urusan di sempadan Malaysia amat lah mudah. Cuma drive thru jea dan bagi passport kat kaunter melalui tingkap, tak perlu turun, pastikan jumlah passport sama dengan jumlah penumpang yea. Lepas tu pegawai imigresen tu akan scan jea passport korg. Sangat mudah. Kemudian boleh lah teruskan perjalanan ke Sempadan Masuk Thailand - Sadao.

Sempadan Keluar Malaysia (Bukit Kayu Hitam)
1) Bila sampai Sadao Border tu, parking sebelum pintu masuk sempadan Thailand, parking jea kat mana-mana. Kemudian semua penumpang termasuk pemandu kena turun. Jangan lupa bawa Passport (selit RM1 siap-siap di setiap passport tu, klu tak selit kang dia minta gak di kaunter imigresen Thailand tu; kadang RM1 kadang RM2, ikut suka hati petugas kat kaunter tu, kami kena RM1 masa masuk dan RM2 masa keluar), Geran (ori/salinan), Surat Kebenaran Membawa Kenderaan bersama Salinan MyKad Pemilik (jika pemandu bukan penama dalam geran).
2) Pergi information counter dan minta arrival/departure card bagi setiap orang termasuk pemandu dan borang untuk bawa masuk kereta iaitu Conveyance form TM2 & TM3 (depan belakang), pegawai kat kaunter tu boleh bercakap bahasa Melayu, senang sikit masa tu. Kemudian duduk dan isi lah di tempat yang disediakan, isi yang mana korang tahu jea, tak perlu nak lengkap sangat. Lepas dah isi, sila lah beratur panjang² kat mana² kaunter imigresen Thailand. Kat kaunter imigresen tu nanti bagi passport sendiri dengan Arrival/Departure Card tadi dan pemandu lak kena bagi borang kereta tu sekali. Dia akan ambil cap jari dan scan muka setiap pemegang passport, cop passport dan cop borang bawa masuk kereta tadi tu.
3) Kemudian pemandu/pemilik kereta boleh lah pergi ke kaunter kat situ yang ada tulis "CUSTOMS DECLARATION". Serahkan passport pemandu dan semua dokumen kenderaan tadi seperti geran, surat kebenaran pemilik dan salinan MyKad pemilik kepada kerani (kerani ni pun boleh berbahasa Melayu juga). Kerani ni akan key in semua details ke dalam sistem dorang dan kemudian print Customs Declaration Form, lepas tu Form ni akan di cop oleh pegawai Kastam Thailand di kaunter sebelah. Ingat, Form ni kena kembalikan masa keluar balik Malaysia nanti. Kalau tidak, kereta yang sama masuk akan kena denda TBH 1000 sehari maksimum TBH 10000/10 hari.
![]() |
| Insurans Thailand |
![]() |
| Borang TM2 |
![]() |
| Borang TM3 |
![]() |
| Customs Declaration Form |
Kita dah cerita cara nak masuk sempadan Thailand, sekarang kita cerita cara nak keluar daripada sempadan Thailand pula. Bila keluar nanti, akan ada sebuah bangunan imigresen Thailand kat Sadao tu yang ramai orang pergi. Tapi bagi yang memandu kenderaan, tidak perlu berhenti di sini, drive terus ke kaunter drive thru booth imigresen. Kemudian, berhenti di depan kaunter dan semua penumpang dan pemandu dikehendaki turun. Bagi passport masing² kat kaunter berserta departure card dan RM2, passport akan di cop, cap jari akan diambil dan muka akan di scan. Lepas tu drive depan sikit pergi kaunter Customs, kembalikan Customs Declaration Form. Pegawai Kastam Thailand akan suruh buka but kereta.
Sempadan Keluar Thailand (Sadao). Drive terus ke gate ni, tak perlu nak stop turun kat bangunan imigresen sebelum tu kalau memandu kereta sendiri. drive sampai kaunter, kemudian semua kena turun macam dorang ni.
Sempadan Malaysia (Bukit Kayu Hitam) - dari Thailand (sama ada keluar atau masuk Malaysia, kita tetap lalui gate yang sama)Itu sahaja proses keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao. Nampak macam rumit, tapi sebenarnya amat mudah. Dan pegawai kat sempadan Thailand ni kebanyakannya bertutur dalam bahasa Melayu, sedikit sebanyak memudahkan segala urusan kita kat sempadan ni.
Sebagai alternatif lain, kami boleh bantu ada nikah di Songhkla, kami akan ambil anda direct dari tempat tinggal anda, semua urusan akan kami bantu.




Comments
Post a Comment